Bismillah,
Assalamualaikum, terima kasih kerana berminat nak baca blog saya yang dah lama 'bersawang' sejak 2012.
Alhamdulillah kembali tergerak nak 'imarahkan' semula blog sepi ni.
Kali ni, perkongsian lebih menarik sebab aku dah makin sihat dan menganjak paradigma ke arah yg lebih baik, inshAllah. Moga Allah guide me always, amin.
Apa yang buat aku tergerak kali ni nak tulis, sebab seorang insan ni. aku panggil kak SN lah senang. MashaAllah, aku jatuh hati dengan ketrampilan, SN ni.
Fall in Love kepada perwatakan beliau, dan nasihat serta tips drpd dia memang mudah untuk aku terima, malahan dialah yg mengubatkan aku, dengan izin Allah jua, aku akan sembuh sepenuhnya nanti..
Untuk pengetahuan korang, aku lama jatuh sakit. Sakit aku lebih kepada spiritual. syukur alhamdulillah ada kawan sepejabat aku kenal si SN ni dan dia arrange appoinment urut dgn SN.
MashaAllah, syukur, banyak perubahan telah aku lihat malahan orang sekeliling pun turut memberi feedback yg bagus.. Alhamdulillah!
Syukur, Allah beri jalan asbab dia, untuk atasi masalah muamalat yg kerap melanda dalam hidup aku
Monday, November 7, 2016
Wednesday, December 19, 2012
cinta dan kasih sayang
aku ingin bercinta denganMu ya Allah.
betapa aku merasa sangat nikmat dgn anugerahMu.
menemukan aku dgn org2 pengasih yg membagi kasih dan syg yg asalnya adlh dariMu.
terima kasih Allah.
kurniakan aku cintaMu ya Allah.

Sunday, November 18, 2012
berikanku kefahaman Ya Rabbi
Bismillah.. di saat sambil menunggu tubuhku sdkt rehat sblm dibersihkan, tidak sabarku ingin mengongsi apa yg dah kulalui sepanjang 2 hari di Gambang Resort City. bukan calang2 program aku pergi kali ini, malah kali ini aku tlh bertemu orang yg punya semangat luarrrrrrr biiiiaaaaassssssaaaa!!! masyaAllah, subhanallah.. 3 kawan lamaku dr bangku sekolah rendah dan menengahku ku temui juga di sana. apa yg ku perhatikan, fenomena semangat utk hidup dan menyinar kehidupan org lain seringkali disebut2 spnjg prgrm kali ni. aku khuatir sekali di dlm benak dan sanubariku. terlintas juga di kalbuku,bahawa adakah ini jalan yg Engkau tunjukkan Ya robbi? aku masih belum100% mengerti bagaimana takdir yg Kau suratkan padaku pada 2 hari yg lepas utk bersama mereka di dalam prgrm ini? namun, niatku insyaAllah tercapai kerna sangat banyak sekali ilmu yg Kau tuntunkan kpdku melalui hamba2Mu di dalam prgrm ini. Aku belajar utk menghargai kehidupanku seperti mana org2 yg sebelum ini yg bermati2an berusaha meneruskan kehidupan, Ya Robb, thank U! Aku menemukan motivasi yg luuuuuaaaaarrrr biaaaassaaa! dari prgrm kali ini. yg baik ku mohon Kau suburkan dalam diriku, yg jelek itu, Kau sisihkan dariku....amiiiin. Aku menemukan sangat3 banyak sekali formula2 dalam kehidupan untuk berjaya. perkongsian dari speakers yg sebegitu hebat masyaAllah, telah membuka mata hatiku, betapa mereka telah bangkit dari sebuah kesusahan yg luuaaaarrr biiiiaaasssaa sehingga mencapai kejayaan luuuuuaaaarrr biiiiaaaasssssaa. Ya Allah, izinkank meng-appply-kan ilmu yg Kau berikan ini dalam kehidupan seharianku, ya Allah.
berbalik semula kpd kekhuatiranku yg tertera di atas, sejujurnya aku khuatir jika aku mengikut jejak langkah mereka, adakah ini yg terbaik buat diriku??? aku takut sekali jika langkahku memilih jalan ini menjerumuskan aku ke dlm dunia yg lalai dgn duniawi, kerana ganjaran di sebalik usaha ada wang yg terlihat di mata kasar, sdgkan jalan yg prnh ku lalui sebelum ini, ganjarannya hanyalah Redho dan pahala dari sisiNYA, aku bingung yaAllah, apa sebenarnya semua ni? aku melihat bagaimana mereka semuanya hebat. impianku ingin menjadi jutawan spt abdurrahman bin auf, sahabat Rasulullah S.A.W. yg sgt2 kaya raya menginfaqqan hartanya ke jalan Allah! Allahu Akbar!!! tunjukkan aku jalan ya Robb, berikanlah kefahaman kpdku dalam memilih jalan hidupku..ameeen. mohon semua pembaca sama2 doa buatku..

Monday, October 1, 2012
hidup menjadi2
hidup menjadi2 dgn berhasil atau sebaliknya?
haha, sebenarnya hidup ni dah menggila. macam org gila berdepan dengan kesukaran2 yg menimpa. haha, terasa begitu lembap dan bodoh segala segi bila masalah kecik susah sgt diselesaikan. haha.

Thursday, September 27, 2012
andai dia adalah aku
di pagi hening, terjaga sbb nk terkucil n at the same time, sekali lg mimpi org yg sama dgn hari2 lps. kenapalah asyik dia saja dtg dlm mimpi aku...
dalam coba2 nak bangkit qiyam, terbayang wajah mayat berbungkus kain kafan, jelas wajaahnya adalah wajah aku. keinsafan menerpa diri. andainya mayat itu adalah aku, aku ibarat roh yg hanya dpt melihat mayat itu tebujur kaku terbaring di situ. terputus segala amalan. masa itu adakah bahagia menyapa diri atau ketakutan, kebimbangan n kesempitan menerpa diri???
sedarlah diri bahawa mati itu dekat, adakah benih di tangan ini mampu untuk aku terus usahakan di kala aku ketakutan pada detik itu. mengapa aku takut? mungkinkah aku terlalu lalai dlm kehidupanku sampai aku dibayangi ketakutan ini. apakah benar2 hidupku,matiku, solatku, ibdah2ku semata2 ku sandarkan kepadaNYA?
aku coba menolak diri untuk beramal, Hidayah Tuhan kupohonkan bg setiap denyut nadiku agar aku tak terpesong walau sedetik, redhoNYA aku peroleh keampunanNYA di kala bersalah dan berdosa, dikasihi dan disayangi setiap hela nafasku. ya Robb, aku sudah ketinggalan jauh dalam perjalanan seorang musafirMU, maka,apalah kiranya Kau berikan petunjuk untuk menempuh jalan menujuMU yg xpernah sunyi dari ujian dan bantuanMU.
kurniakanlah CiNTa yg tak pernah padam dari hatiku agar aku x pernah lagi nak merasakan dunia itu menjadi penenang hatiku sebaliknya, KAU sahaja penenang dan Cinta teragungku. amiin ya Allah. amin.

Tuesday, September 25, 2012
blurr
alahai, final year projek. andainya kau tu manusia, aku nak katakan pada kau yang aku ni x tau nak layan cara mana yg terbaik pada kau.
clement tanya2 psl projek aku buatkan aku jadi bengong semula. aku x leh nak jwb soaln dia dgn confident. dia pun dah letih tgk aku mcm ni. prof pulak aku x contact. busy teramat. aku pun run ikut syok sendiri.
aku dah start tertekan lagi. macam mana aku nak buat benda ni betul2?!
kenapalah aku malas sgt nak fokus benda ni? apa yg menghalang semua ni?
*post ni di akhiri dgn soalan mengikut title: "blur"

yg akhir dan pemula seterusnya
alhamdulillah,aku bariskan pujian2ku ini buat rabbul izzati. ternyata inilah saat yg tlh DIA beri! saat yg teramat sukaaaaar sekali dalam hidup aku selama ni. syukur tak terhingga buatNYA.
di post sebelum ni, aku menitipkan kelesuanku pada hakikat ketelusan. namun saat ini, aku berterima kasih pada sebuah kejujuran dan keikhlasan dalam ketelusan luahan perbincangan.
aku kagum dan cuba belajar erti keikhlasan dan kesabaran dalam sebuah perhubungan (kekeluargaan/persahabatan). persahabatan ini, bukan semuanya indah perjalanannya, namun ia akan tetap terus indah dan kekal hingga akhirat sana bila mana landasannya atas keimanan dan keikhlasan.
1) "ahhgh,geramnya, kenapa la manusia ni susah sgt nak reply mesej aku?!!!"
-ohh,rupanya aku kena terima hakikat manusia itu punya peribadi tersendiri, xsemua boleh ikut cara aku dan menjadi ilmu baruku, bila mana KEIKHLASAN bersama DOA untuk menjawab mesej. ahh, xtersangka aku pada penjelasannya! aku sendiri xpernah terfikir untuk ikhlas dalam bermesej! sungguh menjentik rohaniku sikapnya itu.
2) Give n Take
-xperah pon paham dgn istilah ni, tp lps endengar penjelasannya, baru aku tau yg 'Take' tu maksudnya aku MENERIMA sifat org yg menerima sifat aku. andai aku bersikap lembut, tapi dia bersikap garang, aku harus belajar untuk matang dalam perhubungan/komunikasi dgn menerima cara dia. we cannot and hard to control others but we can and easier to control ourselve. wahhh! Allah ajar lagi aku ilmu baru.
3) sifat menghargai itu ada pada diri
-kalau nak penghargaan kenalah menghargai diri dahulu. tapi better perghargaan itu mutlak dari Allah sahaja kita harapkan pasal manusia itu serba kerdil sifatnya. REWARD diri sendiri dgn something new and that makes happiness to ourselve. selalu memandang positif dalam perhubungan ketika waktu2 sukar sdg ditempuh. pendek kata husnu zhon. by the way, jgn limitkan persahabatan. terus SEBAR lebarkan sayap KASIH SAYANG yg Allah bekalkan berkepuk2 di dada tu.
4) ingat kematian
-whatever yg kita lalui sekarang at the end, kita masuk ke KUBUR. dgn bekal apa kita nak bawak masuk? dgn kemarahan yg tersimpan? dgn kebencian yg meluap2? dgn hasrat yg x kesampaian? tak, sume tu bukan. tapi kita nak masuk ke alam itu dgn hati yg benar2 REDHO, tenang dan membawa AMAL yg sangat2 banyak lagi ikhlas. kita buat amal ibadah, keje2 dakwah n mcm2 lg utk apa? semestinya sbg bekal kita di alam sana. Tuhan amanahkan kita ke sini utk membuat sebanyak2nya amal, bukan untukNYA tp utk kebaikan diri kita masing2 pasal, Dia xperlukan sume amal2 kita tu, pun. Dia bekalkan hidayah pada kita untuk kita mengenal Dia,juga memeperkenalkan org lain kpd Dia yg memiliki segalanya2 di alam ni.Oh Tuhan, aku mengerti kini.
5)al-Quran as-syifa' dan rahmat
- ini MUKJIZAT TERAGUNG warisan nabi. jgn pernah ragu2 lagi, keraguan itu hanyalah dari syitan n iblis! Dia sudah katakan, al-quran ini tiada keraguan padanya. kenapa nak percaya dgn kata2 musuh2 Allah tu?!! cuba dalami al-Quran, insyaAllah Allah akan TERANGi jalan menujuNYA.
6) Baju putih
- bermula semula dgn HATI yg baru, NIAT yg baru, merasakan diri byk kejahilan sehingga ingin meneguk sebanyak2nyaILMU. meninggalkan segala memori buruk yg lampau sehingga terbayang IMPIAN yg terindah di depan mata untuk digapai. cerita2 sedih hilang, cerita2 KEAZAMAN semakin mekar. USAHA dibajai dgn ISTIQAMAH dan KEIKHLASAN, menyiramnya dgn TAWAKKAL. mudah2an berputik kejayaan yg tak disangka2, bahagia dan memBAHAGIAkan. insyaAllah.
*di akhir post ni, aku berazam, tak nak lagi berdepan dgn masalah ni lagi! ada je bibit2 nak ke arah masalah ni, aku akan tepis cepat2 dgn sebuah KETELUSAN. InsyaAllah. terima kasih kepada K.I. kerana Allah mentaqdirkan perkara ini khusus utk mematangkan aku dlm kehidupan pancaroba ini. Alhamdulillah. terima kasih tak terhingga buat Mu,Allah.
-sejarah mungkin berulang namun aku boleh menghadapinya dgn lbh bijak kelak, insyaAllah.

Monday, September 24, 2012
telus
mungkinkah yg tertulis d hati sukar dipadamkan dgn hanya membiarkannya di situ?
aahh, ada benarnya juga kerana saat ni aku dh terasa sgt2 brt hati dibebani dgn perasaan tak puas hati. perlukah aku meluahkan? aku xtau jawapannya!
aku boleh memaafkan menurut pertimbangan aku, cuma aku sendiri keliru dgn erti kemaafanku itu. atau sebenarnya aku hanya membiarkan saja perkara tu berlalu sdgkan hati ni masih menyimpan rasa.
perlukah aku berterus terang? ahh, memang aku bukan org yg mudah nak berterus terang. aku suka senyap2 menyimpan tapi aku xmampu membiarkannya tersimpan. Tuhan, tolonglah tunjukkan jalan kpd aku. aku mahu menjadi diriku yg Kau redhai.

Sunday, September 23, 2012
lambaian mekah
mak abah dah ada d madinah 5hari.semoga Allah tingkatkan iman dan amal mereka di sana dan masa akan dtg selama2nya.
terpikir jugk dlm minda, pemergian mereka selama 46 hari menjadi latihan diri utk tak melihat mereka selama sekian lama hari tersebut. maklumlah, selalu sgt blk rumah, dah xde feel sgt nk jupe mak abah. teringat jugak kat diorang n mengharap Allah permudahkan urusan2 diorang.
semoga mak bah memperoleh haji yg mabrur di sisiNYA.amin. SELAMAT BERJUANG MAK & ABAHKU!! i miss both of u =)

mencari sesuatu
bosan..bosan...bosan! (ish tak baik,start post dgn words macam ni,tapi ni lah hakikatnya)
urm, sebuah perasaan yg sgt2 membingungkan dan menghampakan. pastu diisi pulak dgn tindakan yg kurang bijak, menghabiskan masa berjam2 at the same time keje hakiki buat2 xtau ajer..
huhh, memang gengster pada diri sendiri, xhabis2 menyusahkan diri sendiri dgn buat kerje last minutes. yg akn botak kepala nanti diri sendiri, yg xtido malam nanti mata sendiri, huhhh..memang teruk la kalo memang mengamalkan sikap2 jelek macam ni sejak muda macam ni. kang dah ada suami, anak, rumah kereta dan lain2 lagi, komfem haru biru la dunia ni nanti..
lets do it starting with du'a.
insyaAllah HE always help us. bukannya kita ni jahat sgt pun, kita ni dikira mcm org yg kerugian
"demi masa,sesungguhnya seluruh manusia itu berada dlm kerugian,melainkan org yg beriman dan yg beramal soleh,berpesan2 kepada kebenaran dan berpesan2 kpd kesabaran"
*seluruh manusia= semua jenis org,lapisan masyarakat,bangsa dan agama
*kebenaran= islam,iman
*kesabaran= org yg menegakkan kebenaran pasti menghadapi tentangan dan ujian,maka bersabar adalah antara kunci kemenangan
#terjemahan dr talk al-ustaz abdullah yassin, org yg tersangat lembut dlm penyampaian ceramahnya.
right now, i should do this and this. niat first then try to do something!

Sunday, March 4, 2012
bila hati bicara
di celahan masa ini, jemari rasa ingin mengongsi.
Bagaimana, hati ingin mencapai ketenangan?
Di sini, aku mengerti bahawa, hati yang tenang adalah hati yang hidup.
Yakni, hidup dengan berbicara kepada Tuhan.
Adakah solat selama ini, sudah benar2 menjadi jambatan hubungan kita bersama Allah?
Dalam kekalutan hati diburu tuntutan duniawi, apakah masih mesra bicara kita bersama Allah?
Jika benar, silakan nikmati ketenangan jiwa yang sebenar.
Tidak ada kebetulan melainkan semuanya bertujuan.
Allah pertemukan aku kepada berbagai manusia, ada yang mampu untuk ku layani dengan baik, ada juga perlu ku diamkan saja kerana ketidak mampuanku untuk menutur bicara.
Apa sekalipun ragam manusia, semuanya Allah ingin mendidik diri kita untuk mengenal diri dan lantas mula mengenal siapa Dia. Yang menitipkan rasa kehambaan kepada sesiapa yang mendapat hidayahNya.
Terima kasih buat insan2 yang pernah mengenali diri, meyapa dengan ramah, menegur dengan ikhlas.
Mohon dimaafkan kerana tanpa sedar, kekurangan diri melebihi kelebihan yang ada sehingga mengguris perasaan dan membuat kesilapan.
Ku berdoa, agar setiap dari kita, Allah pertautkan hati dengan keimanan sehingga kita bangun untuk menjadi hamba dan khalifah yang diredhai Allah. Amin.

Sunday, December 18, 2011
aku mencintaimu...
cinta takkan pudar andai saling berbalas.
cintanya selalu dia berikan ,cuma aku...cuma aku xperasan cintanya ada bersamaku.
bukan sekadar itu,malah aku mencari cinta yg lain,
sehingga aku tersisih dari hakikat kehidupanku.
aku leka dgn permainan cinta yg kureka sendiri,
sampai saat aku jatuh tersungkur sendiri dgn kelekaanku,
aku dimamah kekecewaan dan kesedihan berpanjangan kerana cinta rekaanku itu palsu dan penuh nafsu.
mujur ada tangan sahabatku, menghulur suluh jalanku kembali ke daerah yg satu,
daerah keimanan dan cintanya yg selama ini aku abaikan.
aku menitip puisi ini mengkhabarkan hati yg merintih.
dan mencipta sebuah janji baru untuk mendekatinya,
meraih dan membalas cintanya,
mengadu kasih dgnnya,
sampai keasyikan percintaanku ini mendamaikan kehidupanku dan terbias pada sekitarku
aku tinggalkan dunia khayalan dan kekeliruan,
menuju kpd sebuah keyakinan dan kebahagiaan hakiki,
meraih semula kehidupan yg sebenar bersamanya,
segalanya bersamanya,
segalanya untuk keredhaannya,
melakukan yg terbaik kerana dia semata2
melakukan segalanya untuk mendapatkan perhatiannya dan kasih sayangnya.
meninggalkan segala kejahilan dan dan segala yg mendatangkan kemarahannya,
aku insan faqir andai cintanya blm aku peroleh,
sebaliknya, akulah insan paling kaya bila aku peroleh cinta dan kasih sayangnya kerana dialah yg mencukupkan segala keperluanku dan menenangkan aku di segenap kehidupanku.
kekalkan aku dalam cinta dan kasih sayangmu sampai ke syurga Ya ALLAH..
I Love U, Allah.. aku ingin mencintaimu melebihi segala2nya.....
berikanlah aku petunjuk dan kekuatan untuk mencintaimu dan meraih cintamuyg dalam..
ameen.

Monday, September 5, 2011
ibu dan ayah
1. berkata baik dan memberikan kata2 yg lebih sopan..menjaga hati mereka.(xsama perkataan kita bercakap dgn kawan2)
2. rendahkan diri, jgn mengherdik, merajuk dgn mereka.
rasul S.A.W berpesan- rezeki org yg melyani ibu ayah dgn baik adalah berkat. orang yg mensia2kan org tuanya, adalah rugi.

Saturday, September 3, 2011
selamt berpisah
salam perpisahan buat senior2 yg dah melabuhkan tirai kuliahnya di sini.. kita membawa haluan masing2.. suatu hari nanti kita bertemu dgn pelbagai kemungkinan bakal terjadi.. biarlah hati sendu sendiri, tertinggal dalam persoalan. berbekalkan kerapuhan jiwa, terpaksa harungi kepedihan hati..
Wednesday, May 4, 2011
lega sebentarrr..
assalamualaikum. lama benor tak bukak2 blog ni.. agak2nya kalo diibaratkan rumah, dah bersawang agaknye, macam yg pernah dikomen sorg kawan sebelum ni.
haaahhh...alhamdulillah lega rasanya, after 2 minggu exam untuk sem yang ke empat. wah, dah nak naik sem 5 a.k.a tahun 3 dah aku ni..
em.... terdetik rasa tak sabar nak meniti sem yang baru, di tempat yg baru n azam yang baru..
bukan pe.. yg sbenarnye, tersangat2 kesal dgn sem 4 yg dah berlalu pergi ni.. jadinye, aku kena tanam sikap optimis untuk merubah keadaan n situasiku untuk masa yg bakal mendatang.ameen..
yang paling utama antara yg utama adalah untuk menjadi diri sendiri.
yup, be ourself adalah penting supaya timbul rasa yakin untuk redah ape jer dgn selesa. haha.. amende pulak kaitan redah aje dgn be ourself? hmm, ringkasnya, bila kita dah dapat jalani kehidupan kita dgn menonjolkan siapa diri kita, kita dapat lalui hari2 kita dgn tenang dan bersahaja a.k.a. tak hipokrit!
ok lah sedikit perkongsian dari pandangan2 hidup saya:
"mohonlah pertolongan (ALLAH) dengan sabar dan solat "
ya, bila disoroti firman ALLAH ni, mudahnya nak saya kongsikan dgn formula ni:
zikrullah = tenang = sabar + solat
cinta = komunikasi yang efektif = body language + voice + words
taqwa = takut kehilangan cinta (CINTA ALLAH)
bila bercinta, takkan ada sedikit masa yang kita tak nak spent melainkan untuk dia yang dicintai.. alangkah ruginya dan tersasarnya manusia itu jika cinta manusia mendahului cintanya kepada ALLLAH. selayaknya, ALLAH cinta pertama yang tiada akhir. selamanya bercinta dgn ALLAH setulus hati.
berbual, merintih, merayu padanya adalah komunikasi. 'bermanja'lah dgn ALLAH dan tidaklah salah untuk itu dan tidak mewujudkan suasana 'formal' bila ber'bicara' a.k.a berdoa denganNya. katakan I LOVE U SO MUCH, ALLAH.. I MISS U SO MUCH..
selamat menikmati cintaNYA yang agung tiada tara (^_^)

Monday, March 7, 2011
susah vs senang
susah, susah, susah... ape benda yg senang kat dunia ni?
persepsi negatif mesti ditukar! why not kita jadikan yang susah tu adalah sustu yang mudah?
senang jer... cuma kata mudah, mudah, mudah.. haha.. macam ntah hape2 pulak.
tapi setiap apa yang kita kata adalah doa'. we are what we think about us!
(hehe, grammar x tepat, asal pehem je ler)
tiba2 nak cakap pasal susah
susah betol lah biostatistik nih!.. makin lama makin jd "bingung+bengong".. x tahu nak tanya apa bila dr. tanya ada soalan @ x.. bcoz aku tak faham dari awal lagi.. basic yang lemah adalah punca sume ni bermula!
ape yg perlu dibuat?
cuba bertenang
fikir balik apa yang x faham
buka buku2 matrik,ada basic kat situ
discuss ngan kawan2
try revise balik
ape yg paling penting...?
NIAT perlu di 'refresh'kan semula :)

Sunday, March 6, 2011
stress
Ahh... stress smkn membelenggu otak & fikiran.. emosi pun dah berpaut2 untuk jadi stress!
stress lumrah dalam hidup manusia.. manusia itu sendiri telah diciptakan dengan sifat keluh kesah.
stress
stress boleh jadi sesuatu yang negatif dan boleh jadi kawan kita..
em mcm mana nak jadi kawan ? sedangkan ia selalu jadi lawan..
sebenarnya dgn stress kita akan bole jadi lebih fokus dan menjadi lebih tersusun. dgnnya kita mula memikirkan mana prioriti dalam melakukan kerja.
macam mana pulak kalo sebaliknya?
stress yang boleh buat orang jadi lebih menderita dgn sebab ianya x dikawal dengan baik dan berterusan dibiarkan tanpa dirawat dgn betul.
ada org rawat stress dgn tidur tanpa limit.. ada org menjerit2 lepaskan sesak dalam dada.. dan macam2 lagi yang mereka cuba dapatkan untuk lepaskan dari stress.. benarkah ia dapat melepaskan kita dr stress dgn erti sebenar?
mulakan
apa kata, bila stress sudah makin memuncak, capai pen dan kertas di tangan dan luahkan apa perkara2 yang meyesakkan kepala mahupun perasaan untuk review balik, ape bende yang buat aku stress ni? huhu..
pastu, try buat analysis satu persatu dan cari jalan untuk atasi setiap masalah yang berlaku..
buatlah perbincangan dengan orang yang sesuai untuk dibawak berbincang jika perlu.
try untuk laksanakan step2 yg dh dibuat@dirancang perlahan2 dan ikut turutan.
dalam masa yang sama, banyak2kan berdoa dan istighfar sebab Tuhan yang mentaqdirkan kita untuk hadapi ujian2 NYA, dan Dia jugaklah yang memberi ilham+kekuatan untuk kita hadapinya. mohon sebanyak2nya taufiq dan hidayahNYA untuk teruskan usaha2 yang kita dah rancang seterusnya sentiasa di redhoi di dunia dan akhirat..
mudah ken?
medan tulisan memang mudah, bagaimana pula medan amal? cuba bermula dari sekarang untuk memudahkan kita pada masa akan datang..
*nota n pesanan ini khusus untuk penulis.. smile always:)

Tuesday, March 1, 2011
najwa qalbi
Ya Allah, aku menunggu-nunggu saat ini ya Allah. Bila mana, aku meredhoi segala macam pemberianMu, ketentuanMu atasku. Saat emosi diusik gratisan muzik yang tersusun rapi, bersuara hatiku perlahan-lahan menyatakan apa yang terpendam jauh dalam dasar hati. Entah, terlalu lama tak keluar, sehingga pedih teramat bila ia kembali bersuara, dan tak kering-kering air mata ini mengalir,. Mungkin sudah terlalu lama ia menyepi, terpinggir, tersungkur dibawa hanyut hal duniawi. Aku harus terima, terima, dan terus menghargai diriku. Biarlah seteruk mana, aku tetap aku. Ini ketentuan Tuhan untukku. Ada lagi yang perlu untuk ku pelajari, dan masih lagi kaki ini harus melangkah dengan azam yang padu untuk menjadi yang lebih baik. Setiap hari yang terbaik.
Oh Tuhan, mungkin pandangan dari luar, menyangka aku insan yang kuat. Insan yang matang. Walhal, itu hanya luaran. Dalamanku ini ibarat kaca yang rapuh, yang entah bila2 masa ia boleh pecah. Belum lagi ku memiliki hati sekuat batu permata. Yang terjaga dari kotoran dan campuran bendasing . Hati yang tulen dengan akidah yang sebenarnya. Aku perlu belajar. Fokusku selama ini telah makin malap. Malap, malap dan malap. Mujur masih ada berbaki tempoh itu, tempoh sebelum ianya terpadam. Masih lagi menyala sinar keimanan. Cuma kadang-kadang ia mengecil dan tak kurang juga besar nyalaannya. Alhamdulillah..
Ya Allah, bukakan hatiku seluas-luasnya untuk menerima ma’rifat tentangMu, mengenal hikmah nikmat dan ujianMu. Sungguh indah ciptaanMu. Benar-benar hatiku terusik mengenang keagungan dan kebesaranMu. Rupanya sekian lama hati ini separuh sedar. Kadang-kadang ianya terjaga. Bangunlah wahai imanku! Bangun! Di hadapanmu ada ujian nak bertamu! Sudah cukupkah sabarmu? Bagaimana pula redhamu? Allah pula ada di mana? Di luarkah? Atau masih tersemat di sisimu? Wahai iman, jadilah sahabat karibku. Nafsu telah lama mengajakku ke arah yang serong. Di mana kamu untuk kembali meluruskan pandangan hati dan hidupku?
Ya Robb, aku telah mencari, Kau sahaja yang setia. Hampaku, dukaku, kecewaku, Kau yang ubatkan. Tetapi aku tak sedari sejak dulu. Mata hatiku pudar, ya Allah. Terangkanlah ya Allah. Ibadahku sedikit, entah mana yang sempurna. Apakah Kau menolak semuanya, lantaran khusyu’ ku entah ke mana? Tawadhu’ku tidak hadir bersama. Ihsanku langsung lari. Ahh, sungguh bertuah jika menjadi hamba yang Kau cintai, pasti Kau jaga dan Rahmati. Bagaimana pula aku wahai Tuhan? Aku selalu saja terlupakan Kau. Membelakangkan Engkau tanpa sedar mahupun sedar. Ah…lekanya aku! Darahku, yang mengalir dalam jasadku, daging dan tulang-tulangku, apakah benar-benar dari sumber yang Kau halalkan? Wang dan hartaku, sering kali aku khuatiri sumbernya. Halalkah? Haramkah? Syubhahkah? Tempat tidurku, istirehatku, belajarku, apakah dari sudut yang halal lagi baik di sisiMu? Bersihkan aku ya Allah. Bersihkan aku dari segala kekotoran zahir dan batin.
Tiada yang mampu lagi bibir ini mampu berbicara. Hanya kalimah istighfar dan syahadah yang meniti di bibir ini. Jari-jari yang menari-nari menaip bait-bait kata juga sudah mahu berehat. Maha SuciMu ya Allah. Biarlah tercampak mana sekalipun aku di bumiMu ini, tapi jangan kau campakkan aku jauh dari iman, islam dan ihsan. Dekatkan aku dengan taqwa. Intimkan aku dengan ihsan. Akrabkan aku dengan iman sehingga tak ada yang lain lebih dekat dengan ku melainkan iman, ihsan, dan taqwaku padaMu. Amin, ya Allah, ya Rabbal A’lamin..

Sunday, January 30, 2011
KEMM1511
thanks to Allah.. syukur. semalam suatu anjakan paradigma buat orang Melayu khususnya untuk mengangkat Islam sebagai cara hidup dalam mengangkat bangsa ke mercu kegemilangannya semula seperti yang pernah hidup sebelum 500tahun yang lalu.
KEMM- Konvensyen memperingati 500 Tahun Kejatuhan Empayar Melayu Melaka . boleh layari wwwK.EMM1511.net

Subscribe to:
Posts (Atom)