Wednesday, December 19, 2012

cinta dan kasih sayang

aku ingin bercinta denganMu ya Allah.

betapa aku merasa sangat nikmat dgn anugerahMu.
menemukan aku dgn org2 pengasih yg membagi kasih dan syg yg asalnya adlh dariMu.
terima kasih Allah.

kurniakan aku cintaMu ya Allah.

Sunday, November 18, 2012

berikanku kefahaman Ya Rabbi

Bismillah.. di saat sambil menunggu tubuhku sdkt rehat sblm dibersihkan, tidak sabarku ingin mengongsi apa yg dah kulalui sepanjang 2 hari di Gambang Resort City. bukan calang2 program aku pergi kali ini, malah kali ini aku tlh bertemu orang yg punya semangat luarrrrrrr biiiiaaaaassssssaaaa!!! masyaAllah, subhanallah.. 3 kawan lamaku dr bangku sekolah rendah dan menengahku ku temui juga di sana. apa yg ku perhatikan, fenomena semangat utk hidup dan menyinar kehidupan org lain seringkali disebut2 spnjg prgrm kali ni. aku khuatir sekali di dlm benak dan sanubariku. terlintas juga di kalbuku,bahawa adakah ini jalan yg Engkau tunjukkan Ya robbi? aku masih belum100% mengerti bagaimana takdir yg Kau suratkan padaku pada 2 hari yg lepas utk bersama mereka di dalam prgrm ini? namun, niatku insyaAllah tercapai kerna sangat banyak sekali ilmu yg Kau tuntunkan kpdku melalui hamba2Mu di dalam prgrm ini. Aku belajar utk menghargai kehidupanku seperti mana org2 yg sebelum ini yg bermati2an berusaha meneruskan kehidupan, Ya Robb, thank U! Aku menemukan motivasi yg luuuuuaaaaarrrr biaaaassaaa! dari prgrm kali ini. yg baik ku mohon Kau suburkan dalam diriku, yg jelek itu, Kau sisihkan dariku....amiiiin. Aku menemukan sangat3 banyak sekali formula2 dalam kehidupan untuk berjaya. perkongsian dari speakers yg sebegitu hebat masyaAllah, telah membuka mata hatiku, betapa mereka telah bangkit dari sebuah kesusahan yg luuaaaarrr biiiiaaasssaa sehingga mencapai kejayaan luuuuuaaaarrr biiiiaaaasssssaa. Ya Allah, izinkank meng-appply-kan ilmu yg Kau berikan ini dalam kehidupan seharianku, ya Allah. 
berbalik semula kpd kekhuatiranku yg tertera di atas, sejujurnya aku khuatir jika aku mengikut jejak langkah mereka, adakah ini yg terbaik buat diriku??? aku takut sekali jika langkahku memilih jalan ini menjerumuskan aku ke dlm dunia yg lalai dgn duniawi, kerana ganjaran di sebalik usaha ada wang yg terlihat di mata kasar, sdgkan jalan yg prnh ku lalui sebelum ini, ganjarannya hanyalah Redho dan pahala dari sisiNYA, aku bingung yaAllah, apa sebenarnya semua ni? aku melihat bagaimana mereka semuanya hebat. impianku ingin menjadi jutawan spt abdurrahman bin auf, sahabat Rasulullah S.A.W. yg sgt2 kaya raya menginfaqqan hartanya ke jalan Allah! Allahu Akbar!!! tunjukkan aku jalan ya Robb, berikanlah kefahaman kpdku dalam memilih jalan hidupku..ameeen. mohon semua pembaca sama2 doa buatku..  

Monday, October 1, 2012

hidup menjadi2

hidup menjadi2 dgn berhasil atau sebaliknya?

haha, sebenarnya hidup ni dah menggila. macam org gila berdepan dengan kesukaran2 yg menimpa. haha, terasa begitu lembap dan bodoh segala segi bila masalah kecik susah sgt diselesaikan. haha.

Thursday, September 27, 2012

andai dia adalah aku

di pagi hening, terjaga sbb nk terkucil n at the same time, sekali lg mimpi org yg sama dgn hari2 lps. kenapalah asyik dia saja dtg dlm mimpi aku...

dalam coba2 nak bangkit qiyam, terbayang wajah mayat berbungkus kain kafan, jelas wajaahnya adalah wajah aku. keinsafan menerpa diri. andainya mayat itu adalah aku, aku ibarat roh yg hanya dpt melihat mayat itu tebujur kaku terbaring di situ. terputus segala amalan. masa itu adakah bahagia menyapa diri atau ketakutan, kebimbangan n kesempitan menerpa diri???

sedarlah diri bahawa mati itu dekat, adakah benih di tangan ini mampu untuk aku terus usahakan di kala aku ketakutan pada detik itu. mengapa aku takut? mungkinkah aku terlalu lalai dlm kehidupanku sampai aku dibayangi ketakutan ini. apakah benar2 hidupku,matiku, solatku, ibdah2ku semata2 ku sandarkan kepadaNYA?

aku coba menolak diri untuk beramal, Hidayah Tuhan kupohonkan bg setiap denyut nadiku agar aku tak terpesong walau sedetik, redhoNYA aku peroleh keampunanNYA di kala bersalah dan berdosa, dikasihi dan disayangi setiap hela nafasku. ya Robb, aku sudah ketinggalan jauh dalam perjalanan seorang musafirMU, maka,apalah kiranya Kau berikan petunjuk untuk menempuh jalan menujuMU yg xpernah sunyi dari ujian dan bantuanMU.

kurniakanlah CiNTa yg tak pernah padam dari hatiku agar aku x pernah lagi nak merasakan dunia itu menjadi penenang hatiku sebaliknya, KAU sahaja penenang dan Cinta teragungku. amiin ya Allah. amin.

Tuesday, September 25, 2012

blurr

alahai, final year projek. andainya kau tu manusia, aku nak katakan pada kau yang aku ni x tau nak layan cara mana yg terbaik pada kau.

clement tanya2 psl projek aku buatkan aku jadi bengong semula. aku x leh nak jwb soaln dia dgn confident. dia pun dah letih tgk aku mcm ni. prof pulak aku x contact. busy teramat. aku pun run ikut syok sendiri.

aku dah start tertekan lagi. macam mana aku nak buat benda ni betul2?!

kenapalah aku malas sgt nak fokus benda ni? apa yg menghalang semua ni?

*post ni di akhiri dgn soalan mengikut title: "blur"

yg akhir dan pemula seterusnya

alhamdulillah,aku bariskan pujian2ku ini buat rabbul izzati. ternyata inilah saat yg tlh DIA beri! saat yg teramat sukaaaaar sekali dalam hidup aku selama ni. syukur tak terhingga buatNYA.

di post sebelum ni, aku menitipkan kelesuanku pada hakikat ketelusan. namun saat ini, aku berterima kasih pada sebuah kejujuran dan keikhlasan dalam ketelusan luahan perbincangan.

aku kagum dan cuba belajar erti keikhlasan dan kesabaran dalam sebuah perhubungan (kekeluargaan/persahabatan). persahabatan ini, bukan semuanya indah perjalanannya, namun ia akan tetap terus indah dan kekal hingga akhirat sana bila mana landasannya atas keimanan dan keikhlasan.

1) "ahhgh,geramnya, kenapa la manusia ni susah sgt nak reply mesej aku?!!!"
-ohh,rupanya aku kena terima hakikat manusia itu punya peribadi tersendiri, xsemua boleh ikut cara aku dan menjadi ilmu baruku, bila mana KEIKHLASAN bersama DOA untuk menjawab mesej. ahh, xtersangka aku pada penjelasannya! aku sendiri xpernah terfikir untuk ikhlas dalam bermesej! sungguh menjentik rohaniku sikapnya itu.

2) Give n Take
-xperah pon paham dgn istilah ni, tp lps endengar penjelasannya, baru aku tau yg 'Take' tu maksudnya aku MENERIMA sifat org yg menerima sifat aku. andai aku bersikap lembut, tapi dia bersikap garang, aku harus belajar untuk matang dalam perhubungan/komunikasi dgn menerima cara dia. we cannot and hard to control others but we can and easier to control ourselve. wahhh! Allah ajar lagi aku ilmu baru.

3) sifat menghargai itu ada pada diri
-kalau nak penghargaan kenalah menghargai diri dahulu. tapi better perghargaan itu mutlak dari Allah sahaja kita harapkan pasal manusia itu serba kerdil sifatnya. REWARD diri sendiri dgn something new and that makes happiness to ourselve. selalu memandang positif dalam perhubungan ketika waktu2 sukar sdg ditempuh. pendek kata husnu zhon. by the way, jgn limitkan persahabatan. terus SEBAR lebarkan sayap KASIH SAYANG yg  Allah bekalkan berkepuk2 di dada tu.

4)  ingat kematian
-whatever yg kita lalui sekarang at the end, kita masuk ke KUBUR. dgn bekal apa kita nak bawak masuk? dgn kemarahan yg tersimpan? dgn kebencian yg meluap2? dgn hasrat yg x kesampaian? tak, sume tu bukan. tapi kita nak masuk ke alam itu dgn hati yg benar2 REDHO, tenang dan membawa AMAL yg sangat2 banyak lagi ikhlas. kita buat amal ibadah, keje2 dakwah n mcm2 lg utk apa? semestinya sbg bekal kita di alam sana. Tuhan amanahkan kita ke sini utk membuat sebanyak2nya amal, bukan untukNYA tp utk kebaikan diri kita masing2 pasal, Dia xperlukan sume amal2 kita tu, pun. Dia bekalkan hidayah pada kita untuk kita mengenal Dia,juga memeperkenalkan org lain kpd Dia yg memiliki segalanya2 di alam ni.Oh Tuhan, aku mengerti kini.

5)al-Quran as-syifa' dan rahmat
- ini MUKJIZAT TERAGUNG warisan nabi. jgn pernah ragu2 lagi, keraguan itu hanyalah dari syitan n iblis! Dia sudah katakan, al-quran ini tiada keraguan padanya. kenapa nak percaya dgn kata2 musuh2 Allah tu?!! cuba dalami al-Quran, insyaAllah Allah akan TERANGi jalan menujuNYA.

6) Baju putih
- bermula semula dgn HATI yg baru, NIAT yg baru, merasakan diri byk kejahilan sehingga ingin meneguk sebanyak2nyaILMU. meninggalkan segala memori buruk yg lampau sehingga terbayang IMPIAN yg terindah di depan mata untuk digapai. cerita2 sedih hilang, cerita2 KEAZAMAN semakin mekar. USAHA dibajai dgn ISTIQAMAH dan KEIKHLASAN, menyiramnya dgn TAWAKKAL. mudah2an berputik kejayaan yg tak disangka2, bahagia dan memBAHAGIAkan. insyaAllah.

*di akhir post ni, aku berazam, tak nak lagi berdepan dgn masalah ni lagi! ada je bibit2 nak ke arah masalah ni, aku akan tepis cepat2 dgn sebuah KETELUSAN.  InsyaAllah. terima kasih kepada K.I. kerana Allah mentaqdirkan perkara ini khusus utk mematangkan aku dlm kehidupan pancaroba ini. Alhamdulillah. terima kasih tak terhingga buat Mu,Allah.    
   -sejarah mungkin berulang namun aku boleh menghadapinya dgn lbh bijak kelak, insyaAllah.

Monday, September 24, 2012

telus

mungkinkah yg tertulis d hati sukar dipadamkan dgn hanya membiarkannya di situ?

aahh, ada benarnya juga kerana saat ni aku dh terasa sgt2 brt hati dibebani dgn perasaan tak puas hati. perlukah aku meluahkan? aku xtau jawapannya!

aku boleh memaafkan menurut pertimbangan aku, cuma aku sendiri keliru dgn erti kemaafanku itu. atau sebenarnya aku hanya membiarkan saja perkara tu berlalu sdgkan hati ni masih menyimpan rasa.

perlukah aku berterus terang? ahh, memang aku bukan org yg mudah nak berterus terang. aku suka senyap2 menyimpan tapi aku xmampu membiarkannya tersimpan. Tuhan, tolonglah tunjukkan jalan kpd aku. aku mahu menjadi diriku yg Kau redhai.

Sunday, September 23, 2012

lambaian mekah

mak abah dah ada d madinah 5hari.semoga Allah tingkatkan iman dan amal mereka di sana dan masa akan dtg selama2nya.

terpikir jugk dlm minda, pemergian mereka selama 46 hari menjadi latihan diri utk tak melihat mereka selama sekian lama hari tersebut. maklumlah, selalu sgt blk rumah, dah xde feel sgt nk jupe mak abah. teringat jugak kat diorang n mengharap Allah permudahkan urusan2 diorang.

semoga mak bah memperoleh haji yg mabrur di sisiNYA.amin. SELAMAT BERJUANG MAK &  ABAHKU!! i miss both of u =)

mencari sesuatu

bosan..bosan...bosan! (ish tak baik,start post dgn words macam ni,tapi ni lah hakikatnya)

urm, sebuah perasaan yg sgt2 membingungkan dan menghampakan. pastu diisi pulak dgn tindakan yg kurang bijak, menghabiskan masa berjam2 at the same time keje hakiki buat2 xtau ajer..
huhh, memang gengster pada diri sendiri, xhabis2 menyusahkan diri sendiri dgn buat kerje last minutes. yg akn botak kepala nanti diri sendiri, yg xtido malam nanti mata sendiri, huhhh..memang teruk la kalo memang mengamalkan sikap2 jelek macam ni sejak muda macam ni. kang dah ada suami, anak, rumah kereta dan lain2 lagi, komfem haru biru la dunia ni nanti..

lets do it starting with du'a.
insyaAllah HE always help us. bukannya kita ni jahat sgt pun, kita ni dikira mcm org yg kerugian

"demi masa,sesungguhnya seluruh manusia itu berada dlm kerugian,melainkan org yg beriman dan yg beramal soleh,berpesan2 kepada kebenaran dan berpesan2 kpd kesabaran"

*seluruh manusia= semua jenis org,lapisan masyarakat,bangsa dan agama
*kebenaran= islam,iman
*kesabaran= org yg menegakkan kebenaran pasti menghadapi tentangan dan ujian,maka bersabar adalah antara kunci kemenangan

#terjemahan dr talk al-ustaz abdullah yassin, org yg tersangat lembut dlm penyampaian ceramahnya.

right now, i should do this and this. niat first then try to do something!

Sunday, March 4, 2012

bila hati bicara

di celahan masa ini, jemari rasa ingin mengongsi.

Bagaimana, hati ingin mencapai ketenangan?
Di sini, aku mengerti bahawa, hati yang tenang adalah hati yang hidup.
Yakni, hidup dengan berbicara kepada Tuhan.
Adakah solat selama ini, sudah benar2 menjadi jambatan hubungan kita bersama Allah?
Dalam kekalutan hati diburu tuntutan duniawi, apakah masih mesra bicara kita bersama Allah?
Jika benar, silakan nikmati ketenangan jiwa yang sebenar.
Tidak ada kebetulan melainkan semuanya bertujuan.
Allah pertemukan aku kepada berbagai manusia, ada yang mampu untuk ku layani dengan baik, ada juga perlu ku diamkan saja kerana ketidak mampuanku untuk menutur bicara.
Apa sekalipun ragam manusia, semuanya Allah ingin mendidik diri kita untuk mengenal diri dan lantas mula mengenal siapa Dia. Yang menitipkan rasa kehambaan kepada sesiapa yang mendapat hidayahNya.
Terima kasih buat insan2 yang pernah mengenali diri, meyapa dengan ramah, menegur dengan ikhlas.
Mohon dimaafkan kerana tanpa sedar, kekurangan diri melebihi kelebihan yang ada sehingga mengguris perasaan dan membuat kesilapan.
Ku berdoa, agar setiap dari kita, Allah pertautkan hati dengan keimanan sehingga kita bangun untuk menjadi hamba dan khalifah yang diredhai Allah. Amin.