Sunday, December 18, 2011

aku mencintaimu...

cinta takkan pudar andai saling berbalas.
cintanya selalu dia berikan ,cuma aku...cuma aku xperasan cintanya ada bersamaku.
bukan sekadar itu,malah aku mencari cinta yg lain,
sehingga aku tersisih dari hakikat kehidupanku.
aku leka dgn permainan cinta yg kureka sendiri,
sampai saat aku jatuh tersungkur sendiri dgn kelekaanku,
aku dimamah kekecewaan dan kesedihan berpanjangan kerana cinta rekaanku itu palsu dan penuh nafsu.
mujur ada tangan sahabatku, menghulur suluh jalanku kembali ke daerah yg satu,
daerah keimanan dan cintanya yg selama ini aku abaikan.
aku menitip puisi ini mengkhabarkan hati yg merintih.
dan mencipta sebuah janji baru untuk mendekatinya,
meraih dan membalas cintanya,
mengadu kasih dgnnya,
sampai keasyikan percintaanku ini mendamaikan kehidupanku dan terbias pada sekitarku
aku tinggalkan dunia khayalan dan kekeliruan,
menuju kpd sebuah keyakinan dan kebahagiaan hakiki,
meraih semula kehidupan yg sebenar bersamanya,
segalanya bersamanya,
segalanya untuk keredhaannya,
melakukan yg terbaik kerana dia semata2
melakukan segalanya untuk mendapatkan perhatiannya dan kasih sayangnya.
meninggalkan segala kejahilan dan dan segala yg mendatangkan kemarahannya,
aku insan faqir andai cintanya blm aku peroleh,
sebaliknya, akulah insan paling kaya bila aku peroleh cinta dan kasih sayangnya kerana dialah yg mencukupkan segala keperluanku dan menenangkan aku di segenap kehidupanku.
kekalkan aku dalam cinta dan kasih sayangmu sampai ke syurga Ya ALLAH..
I Love U, Allah.. aku ingin mencintaimu melebihi segala2nya.....
berikanlah aku petunjuk dan kekuatan untuk mencintaimu dan meraih cintamuyg dalam..
ameen.