alhamdulillah,aku bariskan pujian2ku ini buat rabbul izzati. ternyata inilah saat yg tlh DIA beri! saat yg teramat sukaaaaar sekali dalam hidup aku selama ni. syukur tak terhingga buatNYA.
di post sebelum ni, aku menitipkan kelesuanku pada hakikat ketelusan. namun saat ini, aku berterima kasih pada sebuah kejujuran dan keikhlasan dalam ketelusan luahan perbincangan.
aku kagum dan cuba belajar erti keikhlasan dan kesabaran dalam sebuah perhubungan (kekeluargaan/persahabatan). persahabatan ini, bukan semuanya indah perjalanannya, namun ia akan tetap terus indah dan kekal hingga akhirat sana bila mana landasannya atas keimanan dan keikhlasan.
1) "ahhgh,geramnya, kenapa la manusia ni susah sgt nak reply mesej aku?!!!"
-ohh,rupanya aku kena terima hakikat manusia itu punya peribadi tersendiri, xsemua boleh ikut cara aku dan menjadi ilmu baruku, bila mana KEIKHLASAN bersama DOA untuk menjawab mesej. ahh, xtersangka aku pada penjelasannya! aku sendiri xpernah terfikir untuk ikhlas dalam bermesej! sungguh menjentik rohaniku sikapnya itu.
2) Give n Take
-xperah pon paham dgn istilah ni, tp lps endengar penjelasannya, baru aku tau yg 'Take' tu maksudnya aku MENERIMA sifat org yg menerima sifat aku. andai aku bersikap lembut, tapi dia bersikap garang, aku harus belajar untuk matang dalam perhubungan/komunikasi dgn menerima cara dia. we cannot and hard to control others but we can and easier to control ourselve. wahhh! Allah ajar lagi aku ilmu baru.
3) sifat menghargai itu ada pada diri
-kalau nak penghargaan kenalah menghargai diri dahulu. tapi better perghargaan itu mutlak dari Allah sahaja kita harapkan pasal manusia itu serba kerdil sifatnya. REWARD diri sendiri dgn something new and that makes happiness to ourselve. selalu memandang positif dalam perhubungan ketika waktu2 sukar sdg ditempuh. pendek kata husnu zhon. by the way, jgn limitkan persahabatan. terus SEBAR lebarkan sayap KASIH SAYANG yg Allah bekalkan berkepuk2 di dada tu.
4) ingat kematian
-whatever yg kita lalui sekarang at the end, kita masuk ke KUBUR. dgn bekal apa kita nak bawak masuk? dgn kemarahan yg tersimpan? dgn kebencian yg meluap2? dgn hasrat yg x kesampaian? tak, sume tu bukan. tapi kita nak masuk ke alam itu dgn hati yg benar2 REDHO, tenang dan membawa AMAL yg sangat2 banyak lagi ikhlas. kita buat amal ibadah, keje2 dakwah n mcm2 lg utk apa? semestinya sbg bekal kita di alam sana. Tuhan amanahkan kita ke sini utk membuat sebanyak2nya amal, bukan untukNYA tp utk kebaikan diri kita masing2 pasal, Dia xperlukan sume amal2 kita tu, pun. Dia bekalkan hidayah pada kita untuk kita mengenal Dia,juga memeperkenalkan org lain kpd Dia yg memiliki segalanya2 di alam ni.Oh Tuhan, aku mengerti kini.
5)al-Quran as-syifa' dan rahmat
- ini MUKJIZAT TERAGUNG warisan nabi. jgn pernah ragu2 lagi, keraguan itu hanyalah dari syitan n iblis! Dia sudah katakan, al-quran ini tiada keraguan padanya. kenapa nak percaya dgn kata2 musuh2 Allah tu?!! cuba dalami al-Quran, insyaAllah Allah akan TERANGi jalan menujuNYA.
6) Baju putih
- bermula semula dgn HATI yg baru, NIAT yg baru, merasakan diri byk kejahilan sehingga ingin meneguk sebanyak2nyaILMU. meninggalkan segala memori buruk yg lampau sehingga terbayang IMPIAN yg terindah di depan mata untuk digapai. cerita2 sedih hilang, cerita2 KEAZAMAN semakin mekar. USAHA dibajai dgn ISTIQAMAH dan KEIKHLASAN, menyiramnya dgn TAWAKKAL. mudah2an berputik kejayaan yg tak disangka2, bahagia dan memBAHAGIAkan. insyaAllah.
*di akhir post ni, aku berazam, tak nak lagi berdepan dgn masalah ni lagi! ada je bibit2 nak ke arah masalah ni, aku akan tepis cepat2 dgn sebuah KETELUSAN. InsyaAllah. terima kasih kepada K.I. kerana Allah mentaqdirkan perkara ini khusus utk mematangkan aku dlm kehidupan pancaroba ini. Alhamdulillah. terima kasih tak terhingga buat Mu,Allah.
-sejarah mungkin berulang namun aku boleh menghadapinya dgn lbh bijak kelak, insyaAllah.
No comments:
Post a Comment