Sunday, December 18, 2011

aku mencintaimu...

cinta takkan pudar andai saling berbalas.
cintanya selalu dia berikan ,cuma aku...cuma aku xperasan cintanya ada bersamaku.
bukan sekadar itu,malah aku mencari cinta yg lain,
sehingga aku tersisih dari hakikat kehidupanku.
aku leka dgn permainan cinta yg kureka sendiri,
sampai saat aku jatuh tersungkur sendiri dgn kelekaanku,
aku dimamah kekecewaan dan kesedihan berpanjangan kerana cinta rekaanku itu palsu dan penuh nafsu.
mujur ada tangan sahabatku, menghulur suluh jalanku kembali ke daerah yg satu,
daerah keimanan dan cintanya yg selama ini aku abaikan.
aku menitip puisi ini mengkhabarkan hati yg merintih.
dan mencipta sebuah janji baru untuk mendekatinya,
meraih dan membalas cintanya,
mengadu kasih dgnnya,
sampai keasyikan percintaanku ini mendamaikan kehidupanku dan terbias pada sekitarku
aku tinggalkan dunia khayalan dan kekeliruan,
menuju kpd sebuah keyakinan dan kebahagiaan hakiki,
meraih semula kehidupan yg sebenar bersamanya,
segalanya bersamanya,
segalanya untuk keredhaannya,
melakukan yg terbaik kerana dia semata2
melakukan segalanya untuk mendapatkan perhatiannya dan kasih sayangnya.
meninggalkan segala kejahilan dan dan segala yg mendatangkan kemarahannya,
aku insan faqir andai cintanya blm aku peroleh,
sebaliknya, akulah insan paling kaya bila aku peroleh cinta dan kasih sayangnya kerana dialah yg mencukupkan segala keperluanku dan menenangkan aku di segenap kehidupanku.
kekalkan aku dalam cinta dan kasih sayangmu sampai ke syurga Ya ALLAH..
I Love U, Allah.. aku ingin mencintaimu melebihi segala2nya.....
berikanlah aku petunjuk dan kekuatan untuk mencintaimu dan meraih cintamuyg dalam..
ameen.

Monday, September 5, 2011

ibu dan ayah

1. berkata baik dan memberikan kata2 yg lebih sopan..menjaga hati mereka.(xsama perkataan kita bercakap dgn kawan2)

2. rendahkan diri, jgn mengherdik, merajuk dgn mereka.

rasul S.A.W berpesan- rezeki org yg melyani ibu ayah dgn baik adalah berkat. orang yg mensia2kan org tuanya, adalah rugi.

Saturday, September 3, 2011

selamt berpisah

salam perpisahan buat senior2 yg dah melabuhkan tirai kuliahnya di sini.. kita membawa haluan masing2.. suatu hari nanti kita bertemu dgn pelbagai kemungkinan bakal terjadi.. biarlah hati sendu sendiri, tertinggal dalam persoalan. berbekalkan kerapuhan jiwa, terpaksa harungi kepedihan hati..

Wednesday, May 4, 2011

lega sebentarrr..

assalamualaikum. lama benor tak bukak2 blog ni.. agak2nya kalo diibaratkan rumah, dah bersawang agaknye, macam yg pernah dikomen sorg kawan sebelum ni.

haaahhh...alhamdulillah lega rasanya, after 2 minggu exam untuk sem yang ke empat. wah, dah nak naik sem 5 a.k.a tahun 3 dah aku ni..

em.... terdetik rasa tak sabar nak meniti sem yang baru, di tempat yg baru n azam yang baru..

bukan pe.. yg sbenarnye, tersangat2 kesal dgn sem 4 yg dah berlalu pergi ni.. jadinye, aku kena tanam sikap optimis untuk merubah keadaan n situasiku untuk masa yg bakal mendatang.ameen..

yang paling utama antara yg utama adalah untuk menjadi diri sendiri.

yup, be ourself adalah penting supaya timbul rasa yakin untuk redah ape jer dgn selesa. haha.. amende pulak kaitan redah aje dgn be ourself? hmm, ringkasnya, bila kita dah dapat jalani kehidupan kita dgn menonjolkan siapa diri kita, kita dapat lalui hari2 kita dgn tenang dan bersahaja a.k.a. tak hipokrit!


ok lah sedikit perkongsian dari pandangan2 hidup saya:

"mohonlah pertolongan (ALLAH) dengan sabar dan solat "

ya, bila disoroti firman ALLAH ni, mudahnya nak saya kongsikan dgn formula ni:

zikrullah = tenang = sabar + solat

cinta = komunikasi yang efektif = body language + voice + words

taqwa = takut kehilangan cinta (CINTA ALLAH)

bila bercinta, takkan ada sedikit masa yang kita tak nak spent melainkan untuk dia yang dicintai.. alangkah ruginya dan tersasarnya manusia itu jika cinta manusia mendahului cintanya kepada ALLLAH. selayaknya, ALLAH cinta pertama yang tiada akhir. selamanya bercinta dgn ALLAH setulus hati.

berbual, merintih, merayu padanya adalah komunikasi. 'bermanja'lah dgn ALLAH dan tidaklah salah untuk itu dan tidak mewujudkan suasana 'formal' bila ber'bicara' a.k.a berdoa denganNya. katakan I LOVE U SO MUCH, ALLAH.. I MISS U SO MUCH..

selamat menikmati cintaNYA yang agung tiada tara (^_^)

Monday, March 7, 2011

futur..

terasa sangat ingin mengundurkan diri..
~bukan itu penyelesaiannya~

susah vs senang

susah, susah, susah... ape benda yg senang kat dunia ni?

persepsi negatif mesti ditukar! why not kita jadikan yang susah tu adalah sustu yang mudah?

senang jer... cuma kata mudah, mudah, mudah.. haha.. macam ntah hape2 pulak.

tapi setiap apa yang kita kata adalah doa'. we are what we think about us!
(hehe, grammar x tepat, asal pehem je ler)

tiba2 nak cakap pasal susah

susah betol lah biostatistik nih!.. makin lama makin jd "bingung+bengong".. x tahu nak tanya apa bila dr. tanya ada soalan @ x.. bcoz aku tak faham dari awal lagi.. basic yang lemah adalah punca sume ni bermula!

ape yg perlu dibuat?


cuba bertenang
fikir balik apa yang x faham
buka buku2 matrik,ada basic kat situ
discuss ngan kawan2
try revise balik


ape yg paling penting...?

NIAT perlu di 'refresh'kan semula :)

Sunday, March 6, 2011

stress

Ahh... stress smkn membelenggu otak & fikiran.. emosi pun dah berpaut2 untuk jadi stress!
stress lumrah dalam hidup manusia.. manusia itu sendiri telah diciptakan dengan sifat keluh kesah.

stress

stress boleh jadi sesuatu yang negatif dan boleh jadi kawan kita..
em mcm mana nak jadi kawan ? sedangkan ia selalu jadi lawan..
sebenarnya dgn stress kita akan bole jadi lebih fokus dan menjadi lebih tersusun. dgnnya kita mula memikirkan mana prioriti dalam melakukan kerja.

macam mana pulak kalo sebaliknya?

stress yang boleh buat orang jadi lebih menderita dgn sebab ianya x dikawal dengan baik dan berterusan dibiarkan tanpa dirawat dgn betul.
ada org rawat stress dgn tidur tanpa limit.. ada org menjerit2 lepaskan sesak dalam dada.. dan macam2 lagi yang mereka cuba dapatkan untuk lepaskan dari stress.. benarkah ia dapat melepaskan kita dr stress dgn erti sebenar?

mulakan

apa kata, bila stress sudah makin memuncak, capai pen dan kertas di tangan dan luahkan apa perkara2 yang meyesakkan kepala mahupun perasaan untuk review balik, ape bende yang buat aku stress ni? huhu..
pastu, try buat analysis satu persatu dan cari jalan untuk atasi setiap masalah yang berlaku..
buatlah perbincangan dengan orang yang sesuai untuk dibawak berbincang jika perlu.
try untuk laksanakan step2 yg dh dibuat@dirancang perlahan2 dan ikut turutan.
dalam masa yang sama, banyak2kan berdoa dan istighfar sebab Tuhan yang mentaqdirkan kita untuk hadapi ujian2 NYA, dan Dia jugaklah yang memberi ilham+kekuatan untuk kita hadapinya. mohon sebanyak2nya taufiq dan hidayahNYA untuk teruskan usaha2 yang kita dah rancang seterusnya sentiasa di redhoi di dunia dan akhirat..

mudah ken?

medan tulisan memang mudah, bagaimana pula medan amal? cuba bermula dari sekarang untuk memudahkan kita pada masa akan datang..
*nota n pesanan ini khusus untuk penulis.. smile always:)

Tuesday, March 1, 2011

najwa qalbi

Ya Allah, aku menunggu-nunggu saat ini ya Allah. Bila mana, aku meredhoi segala macam pemberianMu, ketentuanMu atasku. Saat emosi diusik gratisan muzik yang tersusun rapi, bersuara hatiku perlahan-lahan menyatakan apa yang terpendam jauh dalam dasar hati. Entah, terlalu lama tak keluar, sehingga pedih teramat bila ia kembali bersuara, dan tak kering-kering air mata ini mengalir,. Mungkin sudah terlalu lama ia menyepi, terpinggir, tersungkur dibawa hanyut hal duniawi. Aku harus terima, terima, dan terus menghargai diriku. Biarlah seteruk mana, aku tetap aku. Ini ketentuan Tuhan untukku. Ada lagi yang perlu untuk ku pelajari, dan masih lagi kaki ini harus melangkah dengan azam yang padu untuk menjadi yang lebih baik. Setiap hari yang terbaik.
Oh Tuhan, mungkin pandangan dari luar, menyangka aku insan yang kuat. Insan yang matang. Walhal, itu hanya luaran. Dalamanku ini ibarat kaca yang rapuh, yang entah bila2 masa ia boleh pecah. Belum lagi ku memiliki hati sekuat batu permata. Yang terjaga dari kotoran dan campuran bendasing . Hati yang tulen dengan akidah yang sebenarnya. Aku perlu belajar. Fokusku selama ini telah makin malap. Malap, malap dan malap. Mujur masih ada berbaki tempoh itu, tempoh sebelum ianya terpadam. Masih lagi menyala sinar keimanan. Cuma kadang-kadang ia mengecil dan tak kurang juga besar nyalaannya. Alhamdulillah..
Ya Allah, bukakan hatiku seluas-luasnya untuk menerima ma’rifat tentangMu, mengenal hikmah nikmat dan ujianMu. Sungguh indah ciptaanMu. Benar-benar hatiku terusik mengenang keagungan dan kebesaranMu. Rupanya sekian lama hati ini separuh sedar. Kadang-kadang ianya terjaga. Bangunlah wahai imanku! Bangun! Di hadapanmu ada ujian nak bertamu! Sudah cukupkah sabarmu? Bagaimana pula redhamu? Allah pula ada di mana? Di luarkah? Atau masih tersemat di sisimu? Wahai iman, jadilah sahabat karibku. Nafsu telah lama mengajakku ke arah yang serong. Di mana kamu untuk kembali meluruskan pandangan hati dan hidupku?
Ya Robb, aku telah mencari, Kau sahaja yang setia. Hampaku, dukaku, kecewaku, Kau yang ubatkan. Tetapi aku tak sedari sejak dulu. Mata hatiku pudar, ya Allah. Terangkanlah ya Allah. Ibadahku sedikit, entah mana yang sempurna. Apakah Kau menolak semuanya, lantaran khusyu’ ku entah ke mana? Tawadhu’ku tidak hadir bersama. Ihsanku langsung lari. Ahh, sungguh bertuah jika menjadi hamba yang Kau cintai, pasti Kau jaga dan Rahmati. Bagaimana pula aku wahai Tuhan? Aku selalu saja terlupakan Kau. Membelakangkan Engkau tanpa sedar mahupun sedar. Ah…lekanya aku! Darahku, yang mengalir dalam jasadku, daging dan tulang-tulangku, apakah benar-benar dari sumber yang Kau halalkan? Wang dan hartaku, sering kali aku khuatiri sumbernya. Halalkah? Haramkah? Syubhahkah? Tempat tidurku, istirehatku, belajarku, apakah dari sudut yang halal lagi baik di sisiMu? Bersihkan aku ya Allah. Bersihkan aku dari segala kekotoran zahir dan batin.
Tiada yang mampu lagi bibir ini mampu berbicara. Hanya kalimah istighfar dan syahadah yang meniti di bibir ini. Jari-jari yang menari-nari menaip bait-bait kata juga sudah mahu berehat. Maha SuciMu ya Allah. Biarlah tercampak mana sekalipun aku di bumiMu ini, tapi jangan kau campakkan aku jauh dari iman, islam dan ihsan. Dekatkan aku dengan taqwa. Intimkan aku dengan ihsan. Akrabkan aku dengan iman sehingga tak ada yang lain lebih dekat dengan ku melainkan iman, ihsan, dan taqwaku padaMu. Amin, ya Allah, ya Rabbal A’lamin..

Sunday, January 30, 2011

KEMM1511

thanks to Allah.. syukur. semalam suatu anjakan paradigma buat orang Melayu khususnya untuk mengangkat Islam sebagai cara hidup dalam mengangkat bangsa ke mercu kegemilangannya semula seperti yang pernah hidup sebelum 500tahun yang lalu.
KEMM- Konvensyen memperingati 500 Tahun Kejatuhan Empayar Melayu Melaka . boleh layari wwwK.EMM1511.net