Saturday, November 20, 2010

Bangkit dari Kegagalan

1. Focus on your strength

2. Learn from your mistake and try with another ways. Do post mortem / analysis.

3. Never Give-up - we have the POWeR to not give up, during childhood, while we learn to walk and never to stop keep trying and learn to walk, until now, we also can run!

jom tengok rakaman Motivasi Amin Idris !

HIKMAH WUDHU'

Istimewanya Syari'at dari Tuhan - Wudhu'

saya sudah membaca keistimewaan wudhu' secara saintifik seperti yang diterangkan dalam blog seorang akhawat ummu iman

Jadi, saya juga ingin menambah sedikit tentang persoalan wudhu' ini, yang kita duk amalkan selalu ni.
sangat bagus kita amalan berdoa, di sini, saya ingin share doa2 yang digalakkan baca semasa berwudhu' yang saya terima dari emel sahabat lama:

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, 'Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini'.

Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap perkara yang tak berfaedah.


2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, 'Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini'.

Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.


3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, 'Ya Allah, berikanlah hisab-hisabku ditangan kanan ku ini'.

Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikanhisab-hisabnya di tangan kanan .


4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, 'Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini'.

Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .


5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,'Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu'.

Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.


6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,'Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini'

Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.


7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.'Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim'.

Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali..


8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,'Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat'

Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.


Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri.

Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?

Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam?

Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?

Bersyukurlah selalu, sesiapa yang bersyukur, Allah akan tambah nikmat untuknya dan sesiapa yang kufur,sesungguhnya azab Allah sangat pedih. Saudaraku, beringatlah selalu dan ingat-mengingati antara kita(al-asr:1-3).

wallahu 'alam.

Friday, November 12, 2010

Masalah Tak Terbendung???

Assalamualaikum, salam ukhuwah buat semua..

Kepada teman-teman n kenalan ku mahupun saudara saudari di luar sana yang mengalami masalah emosi yang tak terbendung sekian lama, molek sangat untuk berjumpa kepada yang “ahli” dalam membongkar masalah ni.

Usah biarkan masa, tenaga dan jiwa kita terkorban dek masalah dalaman yang tak berkesudahan.

Percayalah, setiap kebuntuan ada jalan keluar. So, cepat2 bertanya pada pakar dan usah malu untuk meluahkan apa yang menghantui jiwa selama ni. Fikirlah, bahawa Allah menciptakan manusia itu dgn kebolehan masing2. Maka, tak menjadi masalah untuk kita menceritakan masalah kita kepada orang lain demi kemaslahatan hidup kita pada masa akan datang. Yakinlah, bantuan Allah ada di sebalik usaha kita berjumpa pakar untuk atasi masalah kita.

Pakar yang saya maksudkan adalah psychiatrist mahupun psychologist. Masing2 ahli dalam masalah mental dan emosi. Saudar/i, harus diingat juga, sebagai muslim kita mesti terus berdoa dan perbanyakkan ibadah dan zikrullah kerana setiap penyakit atau ujian itu datang dari Allah dan Allah jualah yang berkuasa untuk menghilangkan/menyelesaikannya. Kita hambaNya patut untuk bersabar dan berusaha mencari jalan keluar, hingga sampai satu masa yang diizinkan Tuhan, kita bertemu penyelesaiannya, disitulah kemanisan akan terasa.

Ya, memang tak mudah untuk bersabar hingga membuatkan kita tersungkur pada lembah maksiat dan jiwa kiata bertambah-tambah derita dengan noda2 dosa yang terus-terusan mecalit titik hitam ke hati. Astaghfirullah, saudara/i, istighfarlah segera tatkala tersedar dari kesilapan yang terlanjur itu. Irhamna Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim. Kasihanilah kami, ampunilah kami selamatkanlah kami, Ya Allah.
Saudara/i yang dirahmati Allah, semoga, hari ini lebih baik dari semalam, dan hari esok lebih baik dari hari ni. Ingatlah dalam diri kita ini ada suatu yang sifatnya, fitrahnya suci. Itulah roh yang asal datanganya dari syurga yang penuh dgn kebaikan. Maka, betapa zalim diri kita ni untuk menidakkan kebaikan yang kita perlukan untuk memenuhi fitrah roh ini? Dan betapa zalim diri kita ni, tak cukup dengan mengabaikan keperluannya, malah kita terus tega menyakitkan roh kita dengan perkara kejahatan dan kemaksiatan. Maka tak hairanlah, jika jiwa kita ni, menjadi sakit lalu terbias pada tingkah laku kita. Cenderung terus melakukan maksiat, malah nilai kebaikan dipandang sebelah mata seolah2 waktu itu,diri kita bagai sudah ditunggangi nafsu liar yang tak diikat.

Saudaraku, pohonlah dalam munajatmu untuk memiliki hati yang suci dan dibersihkan hati yang kotor itu. Berusahalah menjauhkan hatimu dan dirimu dari segala sesuatu yang menghilangkan kesucian hatimu. Jagalah fikiranmu dan lidahmu. Kerana ia adalah doamu. Semoga kita memperoleh nur, taufiq dan hidayah Ilahi, lalu terus kuat untuk berjuang di gelanggang pertarungan antara nafsu dan keimanan dalam diri. Perlu kita ingat bahawa jihad terbesar kita adalah jihad menentang nafsu yakni nafsu yang membelakangkan keimanan kita. Fikirkanlah ke mana arah kita dan renungilah hikmah di setiap kisah perjalanan hidup kita.

Aku mengajak saudara/i untuk kembali kepada Allah, memohon keampunan penuh keikhlasan kepadaNya agar kita berada dalam keredhaaNYA. Ubatilah hatimu agar hati insan lain terubat dan gilaplah imanmu mudah2an cahaya keimananmu bisa terpancar ke setiap sudut bumi yang kau jejaki.

Wallahu a’lam dan salam ukhuwah fillah buat semua.