17 ogos 2010
Oh LORD, not everything we want is the need for us.
I’m realize, that I can decide my emotion, my feeling toward all the moment happen in my life.
LORD, you always with us, but we always forgot that you are really there, oh forgive us..
Aku boleh menentukan hormone apa yg mahu aku keluarkan.. aku bole memilih perasaan dan emosi yg aku mahu.
Lalu, mengapa, aku mahu bersedih, kecewa, hampa, marah, cemburu dan segala penyakit hati yg lain??
Oh, rugilah; selama ini aku tak mengetahui hal ini terletak pada diri aku, dan dari sini aku mahu jadi insan yg paling bahagia; yg punya ilmu dan lemah lembut dalam muamalat. Inilah sifat nabi Muhammad s.a.w. yg aku terlupa untuk ikuti. Alangkah beratnya diri ini untuk menyusuri jalan dakwah ini, warisan terbesar nabi, untuk MENYAMPAIKAN walau satu ayat.
Wahai diriku sayang,usah bersedih, selagi udara ALLAH ini masih lagi dapat kau hirup, sedarlah ianya satu dari Rahmat2NYA untukmu, kerana cintaNYA kepadaMU, kau masih thabat di jalan tarbiah ini. Lalu, nikmat apakah yg kau dustakan? Kembalilah mencintai dirimu, mencintai Penciptamu, mencintai pencinta Penciptamu. Carilah keredhaanNYA untuk setiap langkahmu kerana langkah itu pasti diberkatiNYA, dipermudhkanNYA. Redhalah bahawa ALLAH Tuhanmu, Islam agamamu dan Muhammad Nabi dan Rasulullah.
Ramadhan ini apakah yg terakhir? Ooh, tak mampu untuk diri ni menempuh saat itu. Langkah ini terlalu perlahan untuk musafir di dunia ni, betapa bekalan masih sedikit untuk dibawa ke musafir yg lebih jauh lagi yakni pada saat yg dijanjikan itu.
Kuatkan keyakinanmu padaNYA, kenalilah Dia, cintailah Dia, ingatlah janji2Nya yg takkan pernah dimungkiri. Luv u fillah
PAKAILAH CERMIN MATA YG HANYA NAMPAK KEBAIKAN DAN PELUANG
ORANG YG LG BAHAGIA ADALAH YG BERILMU & BERLEMAH LEMBUT
ORG YG PLG BERNASIB BAIK ADALAH YG BERAKHLAK MULIA
No comments:
Post a Comment