Assalamualaikum, salam ukhuwah buat semua..
Kepada teman-teman n kenalan ku mahupun saudara saudari di luar sana yang mengalami masalah emosi yang tak terbendung sekian lama, molek sangat untuk berjumpa kepada yang “ahli” dalam membongkar masalah ni.
Usah biarkan masa, tenaga dan jiwa kita terkorban dek masalah dalaman yang tak berkesudahan.
Percayalah, setiap kebuntuan ada jalan keluar. So, cepat2 bertanya pada pakar dan usah malu untuk meluahkan apa yang menghantui jiwa selama ni. Fikirlah, bahawa Allah menciptakan manusia itu dgn kebolehan masing2. Maka, tak menjadi masalah untuk kita menceritakan masalah kita kepada orang lain demi kemaslahatan hidup kita pada masa akan datang. Yakinlah, bantuan Allah ada di sebalik usaha kita berjumpa pakar untuk atasi masalah kita.
Pakar yang saya maksudkan adalah psychiatrist mahupun psychologist. Masing2 ahli dalam masalah mental dan emosi. Saudar/i, harus diingat juga, sebagai muslim kita mesti terus berdoa dan perbanyakkan ibadah dan zikrullah kerana setiap penyakit atau ujian itu datang dari Allah dan Allah jualah yang berkuasa untuk menghilangkan/menyelesaikannya. Kita hambaNya patut untuk bersabar dan berusaha mencari jalan keluar, hingga sampai satu masa yang diizinkan Tuhan, kita bertemu penyelesaiannya, disitulah kemanisan akan terasa.
Ya, memang tak mudah untuk bersabar hingga membuatkan kita tersungkur pada lembah maksiat dan jiwa kiata bertambah-tambah derita dengan noda2 dosa yang terus-terusan mecalit titik hitam ke hati. Astaghfirullah, saudara/i, istighfarlah segera tatkala tersedar dari kesilapan yang terlanjur itu. Irhamna Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim. Kasihanilah kami, ampunilah kami selamatkanlah kami, Ya Allah.
Saudara/i yang dirahmati Allah, semoga, hari ini lebih baik dari semalam, dan hari esok lebih baik dari hari ni. Ingatlah dalam diri kita ini ada suatu yang sifatnya, fitrahnya suci. Itulah roh yang asal datanganya dari syurga yang penuh dgn kebaikan. Maka, betapa zalim diri kita ni untuk menidakkan kebaikan yang kita perlukan untuk memenuhi fitrah roh ini? Dan betapa zalim diri kita ni, tak cukup dengan mengabaikan keperluannya, malah kita terus tega menyakitkan roh kita dengan perkara kejahatan dan kemaksiatan. Maka tak hairanlah, jika jiwa kita ni, menjadi sakit lalu terbias pada tingkah laku kita. Cenderung terus melakukan maksiat, malah nilai kebaikan dipandang sebelah mata seolah2 waktu itu,diri kita bagai sudah ditunggangi nafsu liar yang tak diikat.
Saudaraku, pohonlah dalam munajatmu untuk memiliki hati yang suci dan dibersihkan hati yang kotor itu. Berusahalah menjauhkan hatimu dan dirimu dari segala sesuatu yang menghilangkan kesucian hatimu. Jagalah fikiranmu dan lidahmu. Kerana ia adalah doamu. Semoga kita memperoleh nur, taufiq dan hidayah Ilahi, lalu terus kuat untuk berjuang di gelanggang pertarungan antara nafsu dan keimanan dalam diri. Perlu kita ingat bahawa jihad terbesar kita adalah jihad menentang nafsu yakni nafsu yang membelakangkan keimanan kita. Fikirkanlah ke mana arah kita dan renungilah hikmah di setiap kisah perjalanan hidup kita.
Aku mengajak saudara/i untuk kembali kepada Allah, memohon keampunan penuh keikhlasan kepadaNya agar kita berada dalam keredhaaNYA. Ubatilah hatimu agar hati insan lain terubat dan gilaplah imanmu mudah2an cahaya keimananmu bisa terpancar ke setiap sudut bumi yang kau jejaki.
Wallahu a’lam dan salam ukhuwah fillah buat semua.
No comments:
Post a Comment