18.8.2010-6pm
“kami tggu kat sini, kita g berbuka kat masjid putrajaya”
Wah, mesej membuat ku bahagia, stlh 2,3 kali xdpt nk berbuka sama2 u.aiman, akhirnya hari ni kami akan buka sama2. Baru je tadi, sblm msk kls tutor u.aiman msj x jd nk buka sama2, n wjb buka n sahur sama2 hari esok, habis kls tgk msj ni rs excited gile after frust x dpt g UM.
“toyyibah, hurry up kami tgh tggu kt klj srumpun”, panggilan tepon dari rohan. “ok saya dtg segera, roger!”, huhu, aku bergurau mcm terima arahan di walky talky..
“Baqi” ku bawa dgn agk deras, untuk cpt2 sampai ketemu akhwat berdua tu, inbox msj x smpt nak ku delete, sampai ‘termuntah’.
Hanya menunggu call masuk sj untuk tau diorang kt mana. Lps dpt tau, aku gegas ke pintu masuk kolej serumpun, igtkan depa ada kat sana, tapi betul detik hati aku, depa kat tepi kafe. Aku cube mnahan benang sb kna jln jau sikit nk ke situ (nafsu amarah masa tu). Depa sampai , aku pn cpt2 masuk, naik “iman”. After delete2 msj lama br tau rupenya msj yg x dpt mask td dr u.aiman; bg tau tggu kt parking tepi kafe. Hm, salah aku gak, sbb x nk kosongkan inbox.. on da way nk keluar upm, k.ecah msj, nmpk u.aiman bz amek aku, oh, tak prsn pulak dia ada lalu td, dok tgh thn mrh la kot td.
Iman lancar dipandu u.aiman kearah putrajaya dr pintu blkg upm. Mcm bese, kalo duk kt dalam iman, kitorang mesti borak2, citer pasal itu ini. Tgh dok dgr citer u.jahsy, terlintas kat hati, kenapalah u.aiman bwk lain mcm je nih (brek kuat2)? Tp, aku cube sangka baik, mybe brek iman mmg kuat kot, tu yg u.aiman tkn sikit, terasa breknya… di simpang, u.aiman brek mengejut bila ada kereta hitam dr simpang kanan melalui jalan kami.huh lega hatiku, sempat u.aiman brek.
Selang je bape saat…
‘’aaah!!”, u.aiman tiba2 jerit, sepantas kilat, bunyi “bommmm!!”sgt kuat dr sisi kanan ku. Kami melayang seketika di atas jln raya. Aku hanya dapat merasa kereta kami terhuyung-hayang. Bila sedar, aku dah ada terduduk kat ats tmpt alas kaki. Sepantas kilat berlaku, sampai x sedar aku terjatuh. Penutup botol u.aiman terbuka, habis basah seat blkg, cpt2 ku tutup. Aku lihat, kedudukan kami dah berlawan arah, syukur, laluan tu x da kereta, jadi kami terselamat dr dilanggar berturut2. Kedua2 akhwat kt dpn slg meyakinkan, yg laluan kami td,adalah jalan kami. Ku lihat keadan u.aiman n u.jahsy, dua2 x da cedera, cume u.jahsy merengek kesakitan di rusuk kanannya.aku pun nasihat kt u.jahsy supaya jgn byk gerak sbb katanya td, dia ada dgr bunyi “pop” di rusuknya. Kami cpt2 turun. Rohan tetap mau turun walau sakit sbb lebih bimbang dgn keadaan iman.Kedua-dua akhwat serentak mendengus, “hm, baru je bagitau kat tuan nya, iman ok”. Actually, iman, ibu rohan punya.. tinjau2, rupanya dua2 tayar blkg dah ada kat ats divider jalan, nsb baek bkn divider besi, tapi batu bata yg hanya tinggi bbrp inci dr atas jln raya, kalo ada devider besi tu, pasti lg teruk tubuh iman. Aku meniliti tubuh iman yg cedera, huh, remuk yg dalam di pintu sisi kanan (blkg), amazing, bunyi yg sgt kuat tu hanya melukakan pintu blkg iman, tak sampai ke dalam remuknya. Aku yg duk kat seat blkg, rs takjub sbb xde injured, malah x tercampak keluar, Alhamdulillah. Rupanya kereta yg langgar kami td pun ‘parah’ jugak sbb overall bumper dpn dia habis remuk langgar sisi bdn iman.
Pemandu viva yg melanggar kami, cpt2 dtg ke arah kami n bertanya. Kami cukup lega, bile dgr u.aiman kata, yg dia mengaku bersalah . Dia cpt2 ajak g ke balai polis, buat report. Isterinya turut turun, meninjau dr jauh saja. Ramai juga yg berhenti melihat tragedi kami, aku tak kisah, cume mulut u.aiman berulang kali menyebut, ramai yg tengok kami. Mgkn dia terasa segan. Aku n rohan masih di luar melihat2 bdn iman yg cedera. U.aiman yg dah ada di dlm beri isyarat supaya cpt masuk. Lampu kecemasan dipasang, mujur, iman masih kuat, dapatlah kami safar lagi untuk ke balai polis trafik serdang. Spnjg perjalanan, kami saling bermuhasabah. Tragedi ni tarbiyah Ramadhan. U.aiman tertanya2 kami, apa dia bawa laju, aku diam tak kepastian, rohan hanya mengatakan laju seperti biasa u.aiman bawa.
Sesampainya kami d sana, aku n u.aiman segera turun. Sorang apek berdekatan situ geleng2 kepala melihat kecederaan iman. U.aiman disapa dan tak semena-mena, dia offer workshop dia untuk baiki iman. Setelah itu, kami tak buang masa lagi di situ terus masuk ke dalam balai untuk buat laporan. Malangnya x dpt nak wat report masa tu, ptg pun dah tua, sarjan arah tutup balai sbb mau berbuka puasa. Kami akur untuk dtg jam 8.30mlm nanti. Rohan tetap nak turun kereta w/pun msh sakit. Dr jauh ku lihat dia terkial2 d sisi iman. Sekali lagi apek tadi endekati u.aiman dan beri kata dua n kad bisnesnye. Aku n rohan meneliti keadaan iman sblm kami masuk untuk menuju destinasi seerusnya. Setelah syura seketika, rohan tak mahu kami bertiga berpecah , jadi b’sepakat untuk berbuka d masjid upm saja, n g hospital hanya slps setel mmbuat report polis 8.30 mlm nanti. Di perut iman kami bermonolog kembali, bermuhasabah hingga di rumah ALLAH juga kami saling cuba mencari ibrah di sebalik accident ini. Aku mengakui, yg aku terlupa membaca doa naik kenderaan tadi, dan aku yakin bahawa kami sikit terleka semasa perjalanan dek berborak2. Di saat mahu iftar, rohan & u.aiman meluah rasa kasihan pada aku kerna asbab accident ni, tak dapat aku berbuka d msjd Putrajaya. Terlihat dari wajah mereka rasa terkilan. Aku juga terikut2 pada nafsu sendiri bila mengatakan aku rasa bersalah sbb kejadian berlaku seperti disebabkan oleh aku. Rohan n u.aiman cpt2 menafikan n tak bagi aku fikir macam tu.
Slmt aku bersolat,dalam doa ku bertaqarrub pdNYA seketika. Bergenang air mata ini mengenang insiden tadi. Rasa syukur dan tawadhu’ ,benar2 menyentap jiwaku yg gersang sejak akhir2 ni. Aku mula mengira2 kejadian tadi, betapa pengasihnya ALLAH, dia masih beri peluang pada kami untuk terus bernafas di bumiNYA ni. Kami tak cedera teruk, malah devider besi yg ada kat tepi longkang besar cukup buat ku bersyukur sbb kalo devider xde, high probability kami akn terhumban kat longkang tu, wallahu a’lam. ALLAH IS MOST MERCIFUL. After solat, masing2 share, rohan kata, yg ALLAH sudah susun cantik kedudukan kami dalam perut iman tadi, wallahu a’lam.
Jam 8.30mlm sudah tiba. En.Naim empunya viva yg melanggar kami td blm tiba. Si apek workshop tadi msh setia menunggu d balai polis dari petang lagi. Terlihat kesunguhan ‘jihad’ mncari rezeki pada gerak langkah n tutur katanya yg sungguh2 offer kami untuk baiki kereta d workshopnya. Di dalam hanya ada beberapa org membuat laporan, kami beratur menunggu giliran. Agk lama kami tunggu sami tua menaip laporannya. Aku pun tak menyangka, pelapor perlu menaip sendiri laporannya, sblm ni aku fikir, pegawai polis yg akan taipkan. U.aiman baru mula menaip laporan. Tak sampai satu ayat pun, tiba2 sarjan suruh berhenti dan mengatakan kami kena buat laporan di Sepang, sebab tmpt kami accident td dalam kwsn Sepang. Sarjan tu enyuruh kami balik berehat dulu dan buat laporan pada keesokan hari sbb balai polis Sepang ada di Salak Tinggi; jauh. Malam tu juga kami mahu setelkan kalo boleh. Jam pun dah masuk jam 10 malam. U.aiman berbincang dengan pihak sebelah sana. Akhirnya persetujuan dah tercapai walaupun ada konflik antara kami tentang report yg bakal dibuat. Kesudahannya, tidaklah menyenangkan hati, sebab ada perkara haram yg berlaku tanpa kehendak kami, dan kami yakin, kami berada di pihak yg benar, mudah2an, amin.
Dalam perjalanan, hujan turun tiada henti2. Akhirnya, kami decide untuk berteduh di BD dan bercadang akan sambung safar ke hospital jika ada kereta di sana. Namun perancangan Allah lebih baik, kami hanya tidur di sana semalaman dan membatakan niat untuk ke hospital. Di penghujung malam itu, aku sedikit teganggu dengan tragedy tadi n masih jelas dentuman pelanggaran tadi.
Keesokan pagi,trauma yg masih segar tu menekan2 jantungku. Terasa berdebar dalam perjalanan pulang ke kolej, apa lagi ditambah pula dengan sikap pemandu yg degil untuk masuk ke simpang. Hon yang panjang, u.aiman hamburkan, hanya mampu menahan saja amarah ini. Trauma semakin surut, dan aku mula yakin untuk naik kenderaan seperti biasa n paling x miss, doa naik kenderaan mohon perlindungan Allah akan ku lakukan setiap muqaddimah safarku bersama kenderaan.
No comments:
Post a Comment